Cooking On My Own Way

Cooking On My Own Way

Monday, November 19, 2018

ENSURE GOLD

minum susu bukanlah satu kegemaran saya...lebih suka minum coffee atau tea...tapi bila coffee tak sesuai untuk kesihatan saya maka my SIL syorkan saya minum ensure gold.....semua nutrient ada di situ katanya...badan jadi sihat cergas dan bertenaga.....sebulan boleh habis 2 tin....sehari sekali atau kadang2 2 kali......harganya boleh tahan juga tu...kadang2 dapat offer....kalau biasa tu untuk 850gm RM82.00 dan ada juga RM80.00....tapi bila dah selalu minum...memang sedap....kalau tak minum sehari boleh rindu pulak tu nak minum....siap rendam dengan craker lagi...wah memang sedap.....kenyang......

santai2 makan di Padang dan Bukit Tinggi


sarapan pagi di Padang.....lontong dan tea telor atau 'tea talua'
lontongny simple jak ni.....ketupat, kacang panjang, carrot, terung pipit dan ditabur dengan keropok.....santan pekat.....
tea telor ni mungkin hanya ada di Padang dan Bukit Tinggi saja.....telor itik yang kuning sahaja digodok dengan gula hingga sebati....tuang tea panas dan susu pekat......perahkan dengan limau nipis .....siap utk diminum...sedap dan badan jadi segar......kalau nak minta telor ayam kampung pun boleh.....mungkin telor mentah tu yang buat badan kita jadi segar......

ni resepinya tea talua itu,,,saya google

Bahan Teh Talua :

  1. 1 kuning telur ayam kampung atau bebek
  2. 2-3 sdm gula pasir, atau sesuai selera
  3. Teh bubuk
  4. 1 iris jeruk nipis

Cara Membuat Teh Talua :

  1. Kocok kuning telur dan gula sampai mengembang dan berwarna pucat.
  2. Seduh teh dengan air mendidih. Buat teh yang cukup kental.
  3. Tuang ke dalam kocokan telur dan gula yang sudah mengembang tadi.
  4. Bubuhi perasan air jeruk nipis secukupnya untuk menawar bau anyir dari telur.
  5. Teh telur siap dihidangkan pada pagi atau malam hari.



hidangan nasi padang....ini kami singgah makan di Restoren Pondok Flora Ranah Pinang Batu Singkar ....
bila kita masuk dan duduk di tempat yang kita rasa sesuai...pekerja restoren tu terus datang dengan beberapa pinggan makanan...tanpa kita minta....pelbagai jenis menu....ada ayam...ikan...daging...sayur...sambal...belut goreng....sate pun ada....kena pilih betul2 apa yang menyelerakan kita sebab once kita sentuh maknanya BAYAR......boleh juga minta side order...kami minta ikan bakar sambal.....tengok2 saya hanya terliur nak makan sambal ikan masin...sayur2 kampung dan ulam....Alhamdulillah syukur.....dah kenyang...boleh tumpang solat di musalla yang disediakan....tenang dan seronok dalam perjalanan bila selesai tanggungjawab...makan dan solat jamak zohor asar......


Thursday, May 24, 2018

BUBUR LAMBUK

Copy Paste dari Harian Metro
Hidangan sahur yang berkhasiat sangat penting bagi memastikan kita kekal bertenaga sepanjang hari dari waktu sahur sehinggalah berbuka puasa.
Oat antara sajian yang mengenyangkan kerana mengandungi 9.4 gram (g) serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum.
Kandungan khasiatnya yang tinggi menjadikannya ia lambat dicerna serta dapat membekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah.
Oat dianggap sebagai bijirin ‘super’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan.
Sehubungan itu, jenama Quaker Oats membantu memberikan penyelesaian terbaik menerusi satu hidangan oat berjumlah 40g yang mampu membantu mengurangkan rasa lapar sehingga 4 jam.
Quaker Oats mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan beta-glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.
Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik, Alexia Horley berkata, pihaknya percaya sarapan adalah waktu makan yang paling penting.
”Lebih-lebih lagi apabila tiba Ramadan, ramai orang sukar menyediakan hidangan yang berkhasiat kerana perlu mengejar masa untuk bersahur, kemudian bergegas ke sekolah atau ke pejabat.
”Ramadan ini, nikmatilah oat yang dapat membantu membekalkan tenaga. Pelanggan boleh mencuba resipi sahur yang berkhasiat serta hidangan raya oleh cef selebriti Malaysia, Anis Nabilah,” katanya.
Bagi yang mahu mendapatkan kebaikan oat, boleh mencuba resipi bubur lambuk yang enak serta berkhasiat.
Bubur Lambuk Quaker Oats
Bahan:
- 300g beras, dibasuh dan dikeringkan
- 150g keledek, dipotong dadu
- 100g Quaker Quick Cook Oatmeal
- 8 ulas bawang, dihiris
- 6 ulas bawang putih, dihiris
- 4 sentimeter halia, dihiris nipis
- 50g udang kering
- 300g daging lembu, dihiris nipis
- 2 liter air
- 200g santan
3 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar
- 80g daun sirih, dihiris nipis
- 80g daun basil, dihiris nipis
- 80g pucuk paku, gunakan pucuk saja
- 80g basil thai, gunakan daun saja
- Garam secukup rasa
Hiasan:
- 6 cili merah, dihiris
- 30g ketumbar, dihiris nipis
- 50g bawang goreng
Cara memasak:
1. Panaskan 4 sudu minyak sayuran. Goreng halia, bawang, bawang putih dan udang kering sehingga harum.
2. Tambah air, beras, oat, keledek dan daging lembu. Masak sehingga air mendidih dan kurangkan haba. Biarkan mereneh selama 20 hingga 25 minit. Kacau campuran sekali-sekala.
3. Tambah santan, sos ikan, lada hitam, garam, daun sirih, pucuk paku dan basil. Masak sehingga campuran mendidih.
4. Hiaskan dengan ketumbar, cili merah dan bawang goreng sebelum disajikan.

Friday, January 12, 2018

masak simple2 saja bah

sediakan menu simple tapi seimbang.....itulah yang sepatutnya kan....kurangkan masakan berlemak...berminyak...berempah....untuk body sihat dan minda sihat.....

Sunday, December 17, 2017

Indonesian Delights


soto samarang - sedap dan tasty
kalau soto johor dengan nasi empet tapi soto samarang ni dengan nasi putih dengan dicampur ayam, tauhu, taugeh, sawi, kacang goreng.....tapi sup tu sedaplah.......

ini pula macam satay....ayam dan telor puyuh dicicah dengan sambal kicap...tapi bukan dipanggang...semuanya main rebus2 saja dengan air sup berempah....memang sedap....

kuih beras pulut

nasi berlaukkan satay - Lokasi:  Malioboro JogJakarta

nasi angsio seafood (kombinasi nasi putih ayam fish cake tauhu telur lada bengala cili merah dan cendawan......macam masakan paprik kut nih......

ayam masak lada hitam ...dicampur dengan bawang besar sawi cili merah sebagai aksesori


nasi, ikan goreng, tempe, kangkung, tauhu,sambal dan sup ---presentation yang cantik

mee goreng - macam mi koloq jak ni....

di antara menu penghilang lapar semasa kami melawat Semarang dan Jogja






250113 to 171217 ...lebih kurang 4 tahun 10 bulan 23 hari

wou...lamanya kakti tak masuk dapur ni....tapi sebenarnya dapur tetap berasap....cumanya kekangan masa tu lah.....

nah...ni my mee bandung...i cook on my own way.....sedap tapi cukup semangkuk...sebab lemak udang dan sotong plus telor...waduh...menambahkan berat badan nih.....

Mee Kuning
Udang basah
Sotong
Sawi
telor
udang kering sikit
bawang putih bawang merah
cili kering
garam
gula
perisa

Maaf ya...saya ni biasa masak campak2 saja...jadinya saya tulis menu jak....sukatannya tu pandai2lah buat kan...hahahahahah.......



Friday, January 25, 2013

angan2 kah?

kerja berterusan.......kalau hasilnya baik dipuji tapi kalau tersilap sedikit terus-terusan membuka telinga mendengar bebelan bos.....pasrah dan redhalah saja. Bila memikirkan situasi membosankan ini, terbuka pula hati ini untuk berjinak2 dengan perniagaan.......kalau ikut minat saya pilih perniagaan makanan....kata anak saya perniagaan ini dapat pegang duit hari2.

Kalau saya berpeluang dan diizinkan Allah....saya ingin menyewa kedai untuk menjual makanan. Saya sangat bergembira kalau dapat menyediakan makanan yang sihat, bersih, sedap dan halal untuk pelanggan saya. Di peringkat permulaan saya mungkin hanya mampu menyediakan menu yang mudah tetapi boleh menarik pelanggan serta mengenyangkan.


 laksa penang - google search

 mee teow goreng - google search


 mee bandung - google search


 mee goreng - google search


sayur campur - google search



.