Cooking On My Own Way

Cooking On My Own Way

Monday, July 19, 2010

Sup Ayam Goreng


6 ketul kepak ayam - digoreng
2 inci halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang puteh
2 kuntum cengkih
2 kuntum lawang
1 inci kayu manis
2 biji pelaga
1 inci lengkuas
1 batang serai
daun sup dan daun bawang
garam dan perisa secukup rasa

Didihkan air dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang puteh, halia,lengkuas, serai dan rempah ratus yang telah ditumis wangi. Biarkan sekejap. Masukkan ayam goreng, garam dan perisa. Tabur dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas2.


Masakan ni paling simple dan mudah tapi anak2 saya suka makan. Bagi saya tidak perlu masak yang berat2, cukup kalau anak2 suka dan seimbang. Kadang2 saya masukkan suun goreng dan kentang goreng dan dengan ini saya tidak perlu lagi memasak sayur lain. senangkan.....

Masak Tumis Peria Campur Ayam

menu kegemaran si liau

3 ketul dada ayam
1 biji peria
1 mangkuk cili kering - diblend
1 biji bawang besar - diblend
5 biji bawang merah - diblend
4 ulas bawang putih - diblend
1 inci halia - di blend
sedikit udang kering - diblend
1 batang serai
2 sudu sos cili
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang diblend. Gaul rata. Masak dengan api yang sederhana. Tumis hingga keluar minyak. Masukkan ayam dan gaul hingga sedikit empuk. Masukkan peria, serai yang dititik, gaul lagi dan tutup sekejap. Masukkan sos cili, garam dan gula. Gaul rata apabila dah pecah minyak, angkat dan hidangkan.

Masak tumis peria dicampur ayam ni kegemaran si liau (suami). Bila ada masakan ni, sanggup tu liau balik tengah hari makan di rumah. Kalau tengah lapar tu, nasi bertambah lagi. Kadang2 saya rebuskan telur masin sebagai penyedap rasa. Tapi tak boleh selalu, nanti kolesterol naik.

Ayam Masak Kicap Lada Hitam

Ayam Masak Kicap lada hitam

3 keping dada ayam
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 inci kayu manis
2 biji pelaga
2 kuntum bunga cengkih
2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar minyak masak

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang puteh, halia, rempah ratus hingga wangi. Masukkan ayam, gaul rata. Masukkan kicap manis, serbuk lada hitam dan sedikit air. Biarkan sekejap. Masukkan kicap pekat, sos cili dan sedikit garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api yang kecil. Apabila telah keluar minyak, angkat dan hidangkan.


Siapa bilang masak itu susah? kalau difikir2 masak adalah kerja yang paling senang dan menyeronokkan. Tapi untuk mendapatkan keseronokan memasak itu beberapa tip saya ingin kongsikan bersama....iaitu:

1. Bersihkan dan kemaskan dapur dengan rapi.
2. Peralatan yang cukup.
3. Benda2 yang dimasak itu sudah tersedia.
4. Dalam mood yang lapar.

Bah....jom kita cuba2 masak yang mudah2 dulu...menu yang selalu menjadi kegemaran anak2....kalau masakan yang susah2 tu kita selak saja buku resipi.....