Cooking On My Own Way

Cooking On My Own Way

Saturday, August 6, 2011

MAMEE PERASA SAYURAN

Berbuka dengan mamee perasa sayuran dicampur dengan udang , telur dan sawi. Ternyata sedap juga bila perut sedang lapar. Oleh kerana berseorangan di rumah kerana si liau dan eby ke KL maka malas pula nak masak macam2. Tekak terasa pula nak makan mee segera saja.

Sunday, May 29, 2011

PAU KACANG HITAM

Tepung Pau
Yeast
Minyak Sayuran
Paste Kacang Hitam (untuk inti)

Yeast dibancuh dengan air suam hingga berbuih. Gaul pada tepung pau. Campurkan sedikit minyak sayuran. Uli hingga sebati. Biarkan lebih kurang 15 minit. Apabila nampak agak kembang, bulat2kan dan masukkan inti kacang hitam. Biarkan sekejap lebih kurang 5-7 minit. Kukus lebih kurang 10 minit.Siap untuk dimakan.

Saturday, May 7, 2011

NASI BERINGIN DENGAN AYAM MASAK SAMBAL


Nasi Beringin:

2 cawan beras bhasmathi
5 batang serai
rempah 4 sekawan (cengkih, lawang, pelaga dan kayu manis)
minyak sapi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 helai daun pandan
5 butir halba
1 kotak kecil santan
garam secukup rasa

1. Cuci beras dan rendam selama 5 minit (biar sedikit lembut)
2. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
3. Masukkan halia, rempah 4 sekawan, dan serai. Gaul sekejap. Masukkan daun pandan. Tumis hingga berbau wangi.
4. Masukkan santan dan halba dan apabila mendidih masukkan beras.
5. Masak nasi seperti biasa dan gembur2kan apabila telah masak.

Ayam Masak Sambal:

1/2 ekor ayam (bersihkan dan potong sederhana)
Ayam dilumur dengan sedikit garam dan kunyit - digoreng sedikit garing

5 ulas bawang putih
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan lada kering
2 batang serai
sos cili
air asam jawa
garam dan perasa

Lada kering dikisar bersama bawang putih, bawang merah, halia dan 1 batang serai. Panaskan minyak dan tumis dengan api perlahan hingga keluar minyak. Masukkan sedikit air asam jawa, sos cili, garam dan sedikit gula. Tumis sekejap dan masukkan 1 batang serai yang dititik. Masukkan ayam goreng dan gaul rata.

Sedap dimakan bersama nasi beringin berulamkan timun.

GORENG TEPUNG CEMPEDAK

cempedak

5 sudu tepung
1 biji cempedak
sedikit gula dan garam
minyak untuk mengoreng

Bancuh tepung dengan air sedikit pekat. Masukkan sedikit garam dan gula (jika suka). Masukkan sedikit pewarna kuning (jika suka). Masukkan isi cempedak (bersama bijinya sekali). Goreng dengan minyak yang sederhana. Sedap dimakan bersama teh panas di waktu petang.

KETAM MASAK LEMAK

ketam bunga male


4 ekor ketam (dibersihkan)
1 cawan lada kering (yang sudah diblend)
2 ulas bawang puteh
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
1 kotak kecil santan
garam dan perasa

Tumis bawang putih, bawang merah, halia hingga layu. Masukkan lada kering dan serai. Gaul sekejap sehingga keluar minyak. Masukkan ketam. Gaul lagi (api kecil). Masukkan santan dan sedikit air. Kacau perlahan hingga sebati. Masukkan garam, gula dan sedikit perasa (jika mahu).

Saturday, April 30, 2011

LEMPENG


Dimakan sebagai sarapan atau minum petang

3 mangkuk tepung
sedikit garam

gaulkan dengan sedikit air dan masukkan ke dalam blender. Goreng dengan minyak yang sedikit.

Sedap dimakan bersama sambal tumis atau gula melaka. Boleh letak sebiji telur (jika suka).


Wednesday, April 27, 2011

IKAN MERAH MASAK ASAM PEDAS



2 keping ikan merah
5 sudu besar cili boh
5 biji bawang bawang merah
5 ulas bawang putih
2 keping asam gelugor
1 inci halia
1 batang serai
sedikit asam jawa, garam, gula secukup rasa


Saturday, April 16, 2011

IKAN PUTEH MASAK KICAP


Masakan ni biasa saja, tapi sedap kalau dimakan panas2 dengan nasi puteh.

1 ekor ikan puteh sederhana (dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit) - digoreng.

2. Tumis bawang merah, puteh, halia hingga layu. Masukkan 2 kuntum cengkih, 2 kuntum bunga lawang, 2 biji pelaga dan 2 ini kulit kayu manis gaul lagi sekejap. Masukkan kicap manis dan sedikit sos lada hitam. Masukkan bawang besar dan sedikit kacang panjang untuk hiasan.

Sunday, March 13, 2011

MEE TEOW GORENG

Mee Teow Goreng Kak Ti

1 bungkus (RM1.00) mee teow
1 ketul dada ayam
2 sudu cili boh
1 sudu udang kering (ditumbuk)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ikat sawi
1 biji telur
2 sudu besar sos tiram dan sedikit kicap manis.

Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, cili boh, udang kering dan tumis hingga naik bau. Masuk ayam yang dipotong kecil2 dan gaul hingga ayam menjadi empuk. Masukkan mee teow dan gaul rata. Masukkan sawi dan gaul lagi. Masukkan sos tiram. masukkan telur dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan.


'Setelah sekian lama barulah saya dapat menyumbang sesuatu untuk Kak Ti's Kitchen. Petang tadi saya singgah di Giant UK untuk membeli sedikit keperluan dapur. Apabila saya melewati ruang menjual ayam saya ternampak mee teow dan mee kuning. Lebih kurang beberapa saat saya membuat pilihan akhirnya saya membeli mee teow untuk cuba membuat mee teow goreng. Inilah first time saya mencuba untuk memasak mee teow goreng. Apabila sudah siap dimasak boleh tahan juga rasa mee teow yang saya sediakan ini. walaupun simple dan mudah menyediakannya tetapi rasanya sedap. Mungkin anda terperasan jika masakan ini tidak dibubuh garam, ya sebabnya saya tak suka masin, memadailah saya mengaulkannya dengan sos tiram dan sedikit kicap'.